Babak pertama.

View this post on Instagram

Babak Pertama, Episod Baharu⁣ ⁣ Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣ ⁣ Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣ ⁣ Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣ ⁣ لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: (( يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ )).⁣ ⁣ “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣ ⁣ 1) Sebarkanlah salam⁣ 2) Berikan makan⁣ 3) Sambunglah silaturrahim⁣ 4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣ ⁣ Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣" ⁣ Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣ ⁣ Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Cabut akarnya.

Pemimpin Melayu tidak perlu menjadi khadam kepada DAP. Hingga bersusah payah pula bergelut dengan istana sekadar nak serah kuasa kembali kepada DAP.

DAP BUKAN sekadar perlu dicantas tapi perlu dicabut hingga ke akar umbinya. Perdu DAP tidak patut ada dalam kebun Tanah Melayu ini. Bukan kerana kita kaum yang tidak boleh bersama orang lain, tapi orang lain itu biadab apabila kita memberi sedikit tempat kepadanya. Tetamu yang lupa diri tidak layak terus berada di ruang tamu ini. Sesungguhnya kita boleh menerima sesiapa sahaja sebagai tetamu, tetapi ada adab dan peraturannya. DAP bukan tetamu yang baik.

2 tahun lebih kuasa diberikan oleh rakyat kepada DAP. DAP telah mempergunakan kuasa itu sepenuhnya untuk mencorak Malaysia sebagai sebuah negara DAP. Hal ini patut diambil iktibar oleh Melayu Muslim. Jangan pula anak-anak tuan rumah sibuk nak sambut tetamu biadab dan sibuk pula nak halau ayah, mak dan adik beradik lain keluar dari rumah. Jangan jadi anak-anak derhaka dan tali barut DAP.

Bila kita beri peringatan kepada ahli-ahli PAN dan PKR yang berbangsa Melayu dan beragama Islam agar mereka jangan tunduk kepada agenda DAP. Namun mereka membantah dengan mengatakan mereka tidak ikut DAP. Mereka hanya ikut dan patuh kepada pemimpin PAN dan PKR yang juga Melayu Muslim. Memang betul mereka ikut dan taat kepada pemimpin PAN dan PKR. Tapi perlu disedari bahawa pemimpin PAN dan PKR itu adalah pengikut setia DAP. Jangan minta saya buktikan pemimpin PAN dan PKR itu pengikut setia DAP, kerana nanti terlalu banyak pula buktinya.

Kini peralihan kerajaan telah berlaku selepas pergelutan dalam PH dan Tun terpaksa meletak jawatan. Jangan nak kata lagi peralihan itu tidak sah atau rampas kuasa. Mengambil alih kuasa ketika negara tidak dimiliki oleh mana-mana PM bukan dinamakan rampas kuasa. Pemimpin Melayu Muslim tidak perlu menjadi khadam setia kepada DAP. Sehingga bersusah payah pula bergelut dengan istana sekadar nak serah kuasa kembali kepada DAP. Kalaupun nak jadi khadam cukuplah ketika tuan kamu itu menang. Tapi kalau tuan dah kalah tersungkur pun kamu masih nak jadi khadam maka itu namanya khadam bodoh. Kalau setakat jadi khadam pun dah hina inikan pula jadi khadam bodoh. Bertaubat dan insaflah…

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 9/3/2020

Malaysia tidak perlukan DAP